Tuesday, September 4, 2012

Entry Tertangguh - Happy Birthday, Suami!

Assalamualaikum & haluu!

Ini adalah entry tertangguh. Hukhuk. Pada 24 Ogos yang lepas bersamaan 6 Syawal, keluarga suami dan I meraikan hari lahir suami. Bertempat di rumah mak mertuaku. Diorang plan BBQ dan makan malam ramai-ramai dengan family mak saudara suami. I selit-selit jelaa. Kek birthday suami pon adik ipar I yang gi beli. Dia campur-campur semua jenis cheese cake yang ada kat Secret Recipe tuh. Hehe. Bagus jugak idea dia, boleh rasa macam-macam cheese cake =)

Tahun nih I tak buat surprise apa pon untuk suami. Dah la terlupa wish birthday suami. Wish sebenarnya, tapi lambat 15 minit. Haha. Khusyuk sangat tengok cerita City of Angels masa tuh. Tengok dengan suami jugak. Alih-alih suami yang ingatkan. Haha. Maafkan I, suami. Tapi I belikan hadiah untuk suami. Itu pon tak berapa surprise sangat sebab pergi beli dengan suami. Hadiah pon I suruh suami pilih. Macam biasa beliau akan pilih jersey Chelsea. Siap lengkap dengan nombor dan nama player di belakang. Kedengaran macam hadiah murah, tapi bila dah siap nama dan nombor tuh, makcik termampu telan air liur jugak lah. Selama nih I tak kesah pon dia nak beli jersey lengkap bernama dan bernombor. Sekarang bila dah tau harga, memang membazir jugak laki aku nih! Separuh tempat gantung baju dia penuh jersey jek! Tapi dah minat beliau, I terpaksa redho. 

Jadi, kepada suami saya yang sangat dicintai, 

"Selamat Hari Lahir. Selamat menjadi golongan 3 series. I love U =)"



No comments:

Post a Comment