Assalamualaikum & haluuu!
Tak habis lagi cerita pasal Pilihanraya Umum Ke-13. Kalau nak tau, nih kali pertama I mengundi. Walaupon kalau ikutkan umur, sepatutnya dah masuk kali kedua. Tapi baru dua tahun lepas I daftar sebagai pemilih. Huhu. Kesedaran lambat datang.
Untuk kali pertama nih I pilih mengundi di kampung halaman I di Taiping, Perak. Spesifiknya kawasan DUN N14 Changkat Jering dan Parlimen P59 Bukit Gantang. Keputusannya kedua-dua DUN dan Parlimen dimenangi oleh wakil PAS. I undi parti mana? Biarlah rahsiaaaa. Hehe. Lepas nih I akan tukar IC letak alamat rumah sekarang. Akan mengundi untuk kawasan Wangsa Maju laa nampaknya 5 tahun lagi.
4 May 2013, Sabtu. I bertolak dari rumah ke Shah Alam untuk amik Mak Ayah and Kakcik. Balik kampung naik kereta I. Suami mengundi di Gombak. Demi menjalankan kewajipan pada negara, suamiku ditinggalkan. Haha. Kami bertolak pukul 9 pagi dari Shah Alam. PLUS Highway tak sesak pada ketika itu. Perjalanan lancar. Banyak kereta yang letak bendera parti PAS dan PKR di atas highway. Kereta yang letak bendera BN dan DAP sangat sedikit. Tiba di kawasan N14 lebih kurang pukul 1 petang. Meriah sungguh perang bendera di kawasan kampung I. Rasa macam raya pulak suasana masa tuh. Hehe. Flashmob parti PAS ada di mana-mana sepanjang jalan di kawasan kampung I. Berdiri ramai-ramai tepi jalan sambil pegang banner/ sepanduk 'Tolak BN. Hon tanda setuju'. Pemandangan sama sepanjang jalan I balik dari office ke rumah pada hari sebelum tuh (Jumaat). Flashmob PAS di tepi-tepi Jalan Pahang. Sampai rumah tok I, sembang politik bermula. Hehe. Biasa laa. Sehari sebelum PRU, itu kira topik wajib laa.
5 May 2013, Ahad. Hari PRU13 diadakan. Bangun untuk solat Subuh dan tengok tok, makcik-makcik, mak, ayah semua ready nak bersiap. Serius rasa macam hari raya. Hehe. Dalam pukul 9 pagi, I berjalan dengan Mak dan Kakcik ke pusat mengundi yang merupakan sekolah rendah I dulu. Selepas 19 tahun berlalu, I menjejakkan kaki semula ke sekolah rendah tuh. Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Hehe. Sampai pusat mengundi, I tanya Ayah I apa nak buat. Haha. Macam baru masuk darjah 1 pulak. Ayah cakap pergi daftar dan amik resit/ slip saluran berapa. Ok, ok. I uruskan diri sendiri. Ahli keluarga yang lain dah berpecah ke saluran masing-masing. I di saluran 5. Pergi beratur di tepi bilik darjah. Semua yang beratur di saluran 5 macam orang muda-muda jek. Ramai first time voters macam I. Terjumpa kawan-kawan sekolah. Borak-borak tanya khabar. I beratur tak sampai setengah jam pon. Sampai giliran, I menjalankan tanggungjawab I. Selesai. Lega. Carik ayah di saluran 2, tengok dok beratur. Panjang barisannya. Carik mak, makcik dan makteh di saluran 3. Sama jugak, beratur lagi panjang dari ayah. Tanya pasal tok, rupanya tok dah balik. Special treatment sebab dah tua kan. Potong barisan dan dapat undi dulu. I pon ajak Kakcik balik rumah tok. Jalan kaki jek pon sebab sekolah belakang rumah tok jek. Heh.
Pasal dakwat kekal yang menjadi isu sangat tuh, balik mengundi I cuci jari I. Still ada lagi dakwat di celah-celah kuku. Kalau beria tonyoh, mungkin boleh bersih laa.
Terpulang pada individu. Huhu. Kat pusat mengundi I, tak nampak pulak
'Bangla' datang mengundi. Keadaan pon tenang dan terkawal. Tempat lain, I tatau laa.
Keputusan pon dah ada. Kepada yang menang, ingatlah anda adalah pilihan rakyat. Jangan kecewakan rakyat yang memilih. Jalankan tanggungjawab dengan amanah dan baik. Penuhi janji-janji yang diberikan kepada rakyat. Berlaku adil dan tadbirlah negara kita dengan jujur. Kepada yang kalah, cuba lagi 5 tahun akan datang. Terimalah keputusan dengan redha. Cuba perbaiki diri dan curik hati rakyat. Hentikanlah mengata, memfitnah antara satu sama lain.
Begitulah pengalaman pertama kali mengundi :)